Alhamdulillah pada 2/11/2012 KRT Bukit Depu telah menjayakan program Malam
Muhibah Komuniti KRT Bukit Depu 2012. Lokasi program di Taman Sangsura, rumah
Pengerusi Jiran Wanita dan beberapa acara menarik telah diadakan.
|
Ucapan Perasmian Oleh YBHG Dato Hj Che Mat Jusoh |
Program ini di anjurkan oleh KRT Bukit Depu dengan sokongan JPNIN dan
Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura dan dirasmikan oleh Ybhg. Dato'
Hj. Che Mat bin Jusoh ,Pegawai Perhubungan DUN Batu Buruk, Kuala Terengganu.
|
Masyarakat Kg Bukit Depu yang hadir |
Acara bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Seramai 250 orang
para jemputan hadir terutamanya penduduk Kg. Bukit Depu. Program bermula dengan
ucapan Aluan dari Pengerusi KRT Bukit Depu disusuli ucapan Pegawai JPNIN Negeri
dan Perasmian dilakukan oleh Ybhg. Dato' Che Mat bin Jusoh.
Selesai Perasmian Penceramah Jemputan , Ybhg Ustaz Kamarudin bin
Omar ,Pegawai Penasihat Agama Jabatan Menteri Besar Negeri Terengganu,
mengambil tempat bagi memulakan ceramah bertajuk Muhibah Komuniti KRT Bukit
Depu 2012. Penampilan beliau menggamatkan suasana malam walaupun dalam
kesejukan hujan lebat membuat para jemputan tak kering gusi dengan telatah dan
ucapan beliau selama 1 jam.
|
Ustaz Kamaruddin Omar memberi ceramah |
Program ini diteruskan dengan kuiz menduga akal para anak mukim Kg.
Bukit Depu bertujuan menilai sejauh mana kefahaman dalam ilmu pelajaran.
Program ini terbahagi kepada 3 bahagian. 1. Peringkat Kanak-kanak 12 tahun
Kebawah 2. Peringkat Remaja 3. Peringkat Dewasa. Program ini juga mendapat
sambutan yang mana menimbul suasana riuh pikut berebut untuk menjadi peserta.
Penyampian hadiah Pemenang kuiz, dilakukan secara spontan .
Acara terakhir dan yang ditunggu adalah cabutan bertuah dijalankan
sehingga selesai dan bersurai.
|
Peserta Kuiz dan Cabutan Bertuah menerima hadiah |
|
Wakil dari Polis DiRaja menerima cenderahati |
|
Penghulu Mukim menerima cenderahati |
Program ini mendapat sambutan hangat dan berjaya walaupun dalam hujan
lebat yang para jemputan memenuhi kawasan tempat program diadakan.
No comments:
Post a Comment